9
Our Ratings
6.8
Your Ratings

Gannibal (2022)

Original title: ガンニバル

SINOPSIS

After causing a major incident, police officer Daigo Agawa takes his wife and daughter to live in the remote mountain village of Kuge. It seems the perfect place to recover from the ordeal, despite the mysterious disappearance of a previous officer posted there. One day, the body of an old woman is found on the mountain. The Goto family says she was attacked by a bear, but Daigo notices a human bite mark. It soon becomes clear that not all is as it seems in the village.

CREATOR

Masaaki Ninomiya, Shinzo Katayama

Review This Series
OUR REVIEWS
9
Our Ratings

Sebuah kisah tentang manusia yang hidup dalam kekeliruan, tanpa sedar mereka pilih kejahatan dengan alasan untuk kebaikan. Sebuah drama bersiri tentang sebuah kampung di Jepun yang kelihatan normal, dengan pemandangan menenangkan, dan orang kampung yang nampak mesra. Seorang pegawai polis dipindahkan ke kampung tersebut selepas pegawai yang bertugas sebelum tu dikatakan melarikan diri kerana masalah hutang. Pegawai polis bernama Agawa ni berpindah ke kampung ni bersama isteri dan seorang anak perempuan, selepas berlaku beberapa insiden di kampung tersebut Agawa merasakan ada sesuatu yang tak kena. Agawa merasakan ada aktiviti manusia makan daging manusia sendiri di kampung ni. Kalau korang peminat filem mystery thriller, pasti korang akan enjoy tonton drama ni especially bila masuk season 2. Keadaan jadi makin kucar kacir, makin suspens, makin tegang di musim kedua drama ni. Agawa yang pada awalanya cuma cuba untuk menyiasat kes kecil ni akhirnya berubah menjadi insiden besar dan berdarah. Ni bukan setakat drama tentang manusia makan daging manusia, filem ni ada vibe seram terutamanya bila korang tengok satu watak lelaki tinggi lampai yang nampak pelik tapi menakutkan. Drama ni juga turut menyajikan sebuah kisah tentang kepercayaan yang merosakkan akal manusia. Sebuah drama bersiri menarik dengan kualiti yang baik dari Jepun.

Loading...